SMA Taufikiah khairiah Al Halimiah ( Pondok Pak Ya ) - المدرسة التوفيقية الخيرية الحليمية

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pengumuman Dan Hebahan Terkini :

Majlis Memperingati 27 Syuhada

emel Cetak PDF

Masih ingatkah kita ?

Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara kita pada suatu ketika dulu, tragedi yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada  di antara kita yang masih ingat dan ada juga yang masih belum lahir lagi ke dunia ini.
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan

 

Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan

 

Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa


Peristiwa yang kini hanya tinggal memori di hati ibubapa yang kehilangan puteri mereka, teman yang kehilangan kawan mereka serta guru-guru yang kehilangan anak murid tercinta mereka masih lagi termimpi-mimpi suara manja mereka ketika bergurau senda juga ketika mana suara mereka merintih meminta pertolongan di dalam jilatan api yang mengganas membakar tubuh mereka.


Suasana di tapak kebakaran

 

Suasana pilu di tapak kebakaran


Ya ALLAH bagaimanakah keadaan mereka ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keadaan dan kepedihan yang mereka alami. Namun bagaimanakah mereka kini, mungkin sedang menikmati istirehat yang aman dan damai di perhentian barzakh Insyaallah.


Maksud sabda Nabi S.A.W :
Kubur itu boleh sahaja menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka.

 

Serpihan anggota badan mangsa...ALLAHUAKBAR



Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR


Oleh itu pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama barisan ALUMNI telah merancang satu majlis untuk memperingati peristiwa besar ini sekaligus menceritakan kembali kepada masyarakt keadaan yang berlaku pada ketika itu semoga ianya menjadi ikhtibar buat kita semua.
Maksud sabda Nabi S.A.W :Barangsiapa yang keluar untuk mempelajari ilmu ALLAH ( terutama mengenai syariatnya) maka dia berada di atas jalan ALLAH sehingga dia pulang.

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 02 November 2011 13:40

Contoh Sijil Wakaf Dewan Besar Taufikiah

emel Cetak PDF

Rayuan wakaf untuk menyiapkan Dewan Taufikiah

Satu kaki persegi bernilai RM 20.00

Jumlah kaki siap dewan 41,250 kaki persegi

Jumlah nilai keseluruhan ialah RM 825,000

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

1. PK HEM : 019-9150539

2. Setiausaha sekolah: 019-4001567

3. Pejabat : 04-7481357

Terakhir dikemaskini pada Rabu, 02 November 2011 17:24