| Akademi Tahfiz didik menjadi cemerlang |
|
|
|
| Ditulis oleh pondokpakya |
| Selasa, 09 Februari 2010 14:08 |
|
GUAR CHEMPEDAK – Bagi sesi pengajian 2010, Sekolah Menengah Agama Taufikiah atau dikenali sebagai Pondok Pak Ya dalam kalangan masyarakat setempat mewujudkan satu lagi program pengajian di samping pengajaran yang sedia ada iaitu Akademi Tahfiz.
Program berkenaan ditawarkan kepada kalangan pelajar dari tingkatan satu hingga pelajar aliran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berminat dan lulus ujian saringan yang diadakan pihak sekolah. Pengetua Taufikiah, Puan Azizah Yahya, berkata, melalui program ini diharapkan agar Taufikiah akan dapat melahirkan penghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik sekali gus dapat berusaha menjadi penghafaz al-Quran,” katanya. Sementara itu, Penolong Kanan Kurikulum, Fauzi Saleh, berkata, dia mengharapkan sekurang-kurangnya pelajar Akedemi Tahfiz dapat menghafaz sekurang-kurangnya tiga juzuk setahun. “Walaupun Taufikiah bukan sebuah pusat Tahfiz, sekurang-kurangnya pelajar didedahkan dengan teknik hafazan yang betul,” katanya. Penolong Kanan Tarbiyyah Solehan A Ghafar, berkata, semoga dengan adanya program sebegini, ia sebagai salah satu usaha Taufikiah ke arah melahirkan ulama dan profesional yang berkemampuan dalam pelbagai bidang. “Semoga usaha murni ini akan memberi pendedahan yang baik untuk pelajar dalam mendalami ilmu al-Quran di samping pengajian untuk masa hadapan,” katanya. Sinar Harian difahamkan pelajar yang ingin mengikuti Akademi Tahfiz ini, diberi ujian hafazan untuk kelayakan iaitu semuka al-Quran diberi masa selama satu jam untuk mengingatinya. Hanya 25 pelajar yang layak dalam saringan itu. Waktu pembelajaran Akademi Tahfiz bermula selepas waktu persekolahan iaitu pada jam 3 petang sehingga solat Asar kemudian disambung semula selepas solat maghrib sehingga solat Isyak. |
| Terakhir dikemaskini pada Isnin, 22 Mac 2010 11:54 |
Home | RSS Feed Proudly Powered by Joomla Design by : Free Joomla 1.5 Template | Supported by : Modern Home Design | CSS | XHTML
Comments
duk gadoh apa.....
wat jatuh maruah sekolah jew....
hampa x tau ke orang duk baca blog nie....
Fairuz pown x payah la layan benda temeh remeh 2....wat sakit hati jew....
untuk bleach pula....ubah la sikap 2....nanti turun dkat anak-anak kelak baqu tau....
1 g....x kcian kew duk libat nama orang lain dalam kes hampa.....fikir la
Orang tgok apa pula difikir....
And selepas nie apa2 kurang sopan mesej diterima agar ddelet jew....BOLEH BEGITU
Apatah lagi, kawan-kawan dia orang pun boleh di dedahkan aibnya.
Berbahagialah pelajar yg pernah belajar dgn MTKH, berperangai bagus, hormat bekas guru,berjaya dalam karier masing-masing. Benarlah Taufikiah telah berjaya melahirkan ribuan pelajar yg memimpin masyarakat ke arah keredhaan AlLah drp sebilangan kecil yg 'gagal' di dalam kehidupan. Ya AlLah! Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapaku dan guru-guruku. Aminn Ya Rabbal alamin
duk gadoh apa.....
wat jatuh maruah sekolah jew....
hampa x tau ke orang duk baca blog nie....
Fairuz pown x payah la layan benda temeh remeh 2....wat sakit hati jew....
untuk bleach pula....ubah la sikap 2....nanti turun dkat anak-anak kelak baqu tau....
1 g....x kcian kew duk libat nama orang lain dalam kes hampa.....fikir la kerana yg demikian itu akan menambah kan dosa yg sedia ada.(hiruma)
wahai saudaraku bleach kalu saudara da pada zaman ABG NAZARIN MAT DESA N ABG FIRDAUS MANAN baru saudara tau cm na erti khidupan sebenar,memang depa garang tp HATI depa baik, saya dulu mmg marah sgt2 kat depa tp bl dipikir2 kan blk sy rasa betul tindakan depa.depa skrang dh kerja hebat2 dh,hasil didikkan ustaz2 n ustazah sek pakya,xcaya saudara beach tanya depa sendiri,saudara jgn nk tunjuk TARING k sbb ramai PANGLIMA2 BERILMU DR PONDOK PAKYA.
BIAR JASA JD KENANGAN.....
SAHABAT2 SEMUA APA KABAR?LAMA DAH SY XDENGAR KABAR TENTANG PONDOK PAKYA,RUANG CM NI LAH YG PALING BAGUS SBB MENGERATKAN N MGEMBALIKAN KITA ZAMAN2 MGAJI DULU,SY AMAT BBANGGA SBB MENDAPATKAN PDIDIKAN AGAMA DI SEK.PONDOK PAKYA,WAHAI SAUDARAKU BLEACH INGAT LAH BAHAWA PONDOK PAKYA NI MLAHIRKAN RAMAI CENDIAKAWAN ISLAM,BERKAT N KESUNGGUHAN USTAZ2 N USTAZAH2 YG KITA SYGI,JIKA SAUDARA DA DIZAMAN KAMI TENTU SAUDARA TAHU BETAPA BERTUAHNYA DPT MENIMBA ILMU AGAMA DI PONDOK PAKYA,ZAMAN SY MGAJI DULU MMG XDA ERTI KESENANGAN,SAUD ARA MMG BTUAH SBB DAPAT MENIMBA ILMU AGAMA DZAMAN YG SERBA CANGGIH,Ya.......ALLAH ya tuhanku,kau ampunkan lah dosa GURU2 ku ini,kau panjang
kan lah umur mereka,kau limpahi kan lah rezeki pd mereka,kau lindung kan lah mereka dr malapetaka....aku sbgai ank didik mereka yg hina ini memohon ampun dari mu.....tuhannn....aminnnnnnnnn.....
RSS feed for comments to this post