| Kelas Tahfiz Sains Taufikiah Sesi 2011 |
|
|
|
| Ditulis oleh Ustaz Solehan Ghafar |
| Khamis, 29 Julai 2010 13:50 |
|
MUQADDIMAH Dalam menghadapi era abad ke 21 yang semakin pantas dengan perubahan gaya hidup / material tanpa sempadan, menyebabkan kecintaan kepada Al-Quran dengan ajaranNya semakin terhakis dikalangan masyarakat Islam kini. Menyedari satu tanggungjawab yang wajib ditangani dengan kadar segera, maka Taufikiah mewujudkan satu Aliran Tahfiz Sains Bersepadu yang lebih dikenali sebagai kelas Tahfiz Sains Taufikiah. Semoga dengan adanya kelas Tahfiz Sains ini, ianya sebagai salah satu usaha Taufikiah ke arah melahirkan Ulama’ dan Profesional yang berkemampuan dalam pelbagai bidang. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI KELAS TAHFIZ SAINS TAUFIKIAH 1- Lulus UPSR - 4A / 5A 2- Lulus Ujian Kelayakan Kemasukan:- i- Ujian Tilawah (kelancaran)
ii- Ujian Hafazan Selama Satu jam / Satu Muka Al-Quran
iii- Ujian Bertulis Jawi
3- Berminat
4- Penerimaan pelajar 2011, Lelaki 30 orang dan 30 orang pelajar perempuan
SUKATAN HAFAZAN AL-QURAN MENGIKUT TINGKATAN (Sukatan Tahfiz mengikut modul Ma’ahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan - YIK)
Tingkatan 1: 6 Juzuk Tingkatan 2: 7 Juzuk Tingkatan 3: 5 Juzuk ( Penilaian Menengah Rendah - PMR ) Tingkatan 4: 7 Juzuk ( Sijil Menengah Rendah Agama – SMRA ) Tingkatan 5: 5 Juzuk ( Sijil Pelajaran Malaysia – SPM ) Tingkatan 6 R: PAKAR AL-QURAN ( Sijil Tinggi Agama Malaysia – STAM )
PAKAIAN Lelaki : Jubah Putih Perempuan : Berjubah Koko |
| Terakhir dikemaskini pada Isnin, 09 Ogos 2010 13:41 |
Home | RSS Feed Proudly Powered by Joomla Design by : Free Joomla 1.5 Template | Supported by : Modern Home Design | CSS | XHTML