|
Perancangan Pembaikan Dewan Sekolah Dan Asrama |
|
|
|
|
Ditulis oleh pondokpakya
|
|
Khamis, 05 November 2009 10:58 |
|
Laporan Mensyuarat Agung Taufikiah 2009/2011 . Sabtu 13 Jun 2009/ 19 Jamadil Akhir 1430.
Bahagian : Laporan sekolah
14. Perancangan Pembaikan Dewan Sekolah Dan Asrama.
JawatanKuasa sekolah telah berusaha untuk membaiki prasarana sekolah dan asrama bagi semua pelajar merasai iklim yang baik untuk belajar.
-
Kita telah membaiki bumbung surau, menyediakan pembesara suara surau yang baik, peralatan yang perlu dan Al-Quran untuk semua pelajar.
-
Semua bilik darjah disediakan papan tulis terbaru dan dilengkapkan dengan rak buku dan dipasang dengan tirai, kita juga telah membaiki meja pelajar. Manakala biliki guru disediakan kelengkapan yang lengkap.
-
Asrama disediakan dengan katil dan almari yang dicat baru. Kemudahan lain juga dibaiki antaranya padang permainan untuk pelajar lelaki.
-
Dewan makan yang dinaik taraf.
-
Bilik komputer.
Semua pembaikan dan kemudahan adalah hasil dari sumbangan orang ramai, badan korporat, yayasan dan bekas pelajar.
JawatanKuasa telah merancang banyak lagi kemudahan antaranya:
-
Premix terutamanya jalan antara sekolah dan asrama.
-
Premix tempat permainan pelajar puteri
-
Dewan Akademi Tahfiz Quran di bawah surau.
-
Menggantikan pendawaian elektrik, lampu dan kipas bagi seluruh surau dan dewan.
-
Mengubahsuai pejabat dan bilik pengetua.
-
Melengkapkan makmal sains.
-
Menaik taraf bilik air pelajar putera dan puteri.
-
Membaiki pintu pagar utama dan pintu-pintu pagar ke asrama putera dan puteri.
-
Menyiap dan membaiki asrama putera dan puteri untuk persedian sesi kemasukan 200 pelajar 2010
-
Menyediakan kelengkapan kerusi dan meja di bilik kelas untuk sesi kemasukan 2010 (250 pelajar).
-
Menyiapkan dewan besar 2 tingkat.
Beberapa produk telah dicadangkan untuk membiayai 11 perkara di atas:
-
Melalui skim wakaf.
-
Kutipan zakat padi dan pendapatan.
-
Kutipan zakat bagi pembayar cukai JHDL dengan persetujuan BaitulMal Perlis – waris, alumni, PIBG diminta bekerja sama.
-
Sumbangan Yayasan, kerajaan negeri dan pusat.
-
Badan korporat dan sumbangan bulan Ramadhan.
Aktiviti EkonomiBeberapa aktiviti bagi meningkatakan ekonomu (kewangan) sekolah telah diusahakan oleh JawatanKuasa. Sebahagiannya telah berjaya dilaksanakan dan sebahagian lagi dalam perbincangan:
-
Banggunan Guar Chempedak ( sewa kepada HPA) – Tangkap lelong Feb 2008 dan Okt 2008, selesai pembayaran 2009 hasil bantuan kawan rakan. Diputus untuk dijual dengan harga RM 150.000 dan dijangkakan dapat menjana keuntungan untuk kemudahan makmal sains.
-
Koperasi Padang Lumat – Pada tahun 2007 telah menyumbang RM 6990.00 dan pada tahun 2008 sebanyak RM 3000.00
-
Kantin sekolah ( Makan Bulan ) telah diurus sendiri oleh pihak sekolah dan diletakkan di bawah pengawasan setiausaha. Sebanyak RM 22, 655.33 dan RM 7,111.00 dibayar awal 2009 telah berjaya dikumpul untuk tahun 2008 dan 4 bulan pertama 2009 telah berjaya mengumpul RM 18.000.00 . Wang ini digunakan untuk pentadbiran dan gaji guru.
-
Burng Layang-layang – Pihak Jawatankuasa Lembaga Tadbir telah bersetuju untuk bekerjasama dalam projek burung layang-layang. Tingkat 3 banggunan Asrama 'B' lelaki telah diubahsuai untuk tujuan tersebut. Pihak sekolah menyediakan tempat , manakala pihak kedua membiayai seluruh kos projek. Pembahagian keuntungan 60% kepada sekolah dan 40% kepada pelabur pada dasarnya telah dipersetujui. Projek ini dijangka siap akhir bulan ini.
-
Yayasan dan dermawan – Sepanjang 2 tahun yang lepas, kita telah berjaya mengumpul lebih dari RM 100.000 dari sumber ini. Kita berharap lebih banyak Yayasan dan dermawan akan tampil membantu kita.
-
Zakat – Sumber ini akan diperluaskan lagi dengan bantuan PIBG, Alumni dan kawan rakan. Kita berharap, produk 3 dalam 1 (membayar cukai JHDN, membayar zakat, menderma kepada sekolah Taufikiah) dapat dilebarkan untuk menjana pendapatan yang tinggi.
-
Tanah sekolah – Sepatutnya Sekolah Taufikiah mendapat lebih dari sekarang di atas hasil tanah-tanah. JawatanKuasa tetap mengutamakan tuntutan ini.
|
|
Terakhir dikemaskini pada Khamis, 05 November 2009 11:14 |