Akademi Tahfiz Taufikiah / Kelas Tahsin Al-Quran PDF Cetak emel
Ditulis oleh pondokpakya   
Khamis, 04 Februari 2010 15:12

Akademi Tahfiz Taufikiah  /  Kelas Tahsin Al-Quran

Pada tahun 2010, pihak sekolah telah menubuhkan Akademi Tahfiz Al-Quran kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 sebagai tambahan kepada kelas Tahsin Al-Quran yang telah sedia beroperasi .

Sesi pembelajaran kelas Akademi Tahfiz bermula pada

  • 7.30 pagi hingga 8.20 pagi – Pelajar menghafaz di hadapan guru
  • 3.15 petang hingga 4.30 petang –  Ulang Hafazan lama dan memperbetulkan tajwid
  • 9.00 malam 10.30 malam –  Pelajar menghafaz ayat baru untuk hari esok .
  • 5.30 pagi hingga 6.15 pagi –  Memperlancarkan Hafazan baru

Seramai 30 pelajar pintar Al-Quran telah dipilih dalam temuduga khas  untuk  diserap ke Akademi Al-Quran. Pelajar-pelajar tersebut akan melalui satu kelas intensif hafazan Al-Quran di bawah bimbingan guru-guru Tahfiz yang telah dipilih oleh pihak pengurusan sekolah pada waktu-waktu yang ditetapkan. Dengan penubuhan Akademi Tahfiz ini, pihak sekolah berharap dapat melahirkan para huffaz yang berwibawa dan berprestasi tinggi.

Sebelum ini pihak sekolah juga telah menyediakan 14 kelas Al-Quran harian dengan  14 orang guru mahir Al-Quran yang dijemput daripada seluruh daerah Yan. Setiap guru Al- Quran dibayar elaun sebanyak RM 400.00 setiap bulan selama 10 bulan sepanjang tahun 2010 ini. Mereka terdiri dari bekas guru-guru KAFA atau bekas guru Al-Quran yang aktif mengajar Al-Quran di kampung-kampung sekitar daerah Yan dan Pendang. Semua Guru- guru pula diletakkan di bawah pengawasan dan bimbingan Ustaz Fauzi Haji Saleh, bekas Imam Masjid  Al-Bukhary Alor Setar,  yang memegang jawatan Penolong Kanan 1 Taufikiah sekarang.

Senarai guru Akademi Tahfiz dan Kelas Tahsin Al-Quran :

Bil

Nama Guru

Kelulusan

01

Ustaz Azwadi Bin Abd.Rahman

Universiti Al-Azhar

02

Ustaz Rofiuddin Abd.Rasyid

Sijil Tahfiz , SMRA

03

Ustaz Mohd. Kamil B. Ahmad Razak

SMRA  , Maahad Tahfiz MATA

04

Ustaz Mohd Hasbullah B. Jamil

Kolej Universiti Insaniah

05

Ustaz Yusfiq Rizal B. Effendy

Indonesia / MTKH

06

Ustazah Cik Kaltom Bt. Shaari

4 Thanawi / Bekas Guru KAFA MAIK

07

Ustazah Wan Hannan Bt. Wan Abd. Rasyid

Pondok Gajah Mati

08

Ustaz Eka Wahyudi Bin Nazuddin

Indonesia / MTKH

09

Ustaz Ghadafi B. Abd Azis

Universiti Al-Azhar

10

Ustaz Mohd Hisyam B. Rostam

SMRA / MTKH

11

Ustazah Nur Raihan Bt. Abd Soleh

Kolej Islam Darululum

12

Ustazah Nur Aina Bt. Mat Said

SMRA / MTKH

13

Ustaz  Zakaria B. Ismail

4 Thanawi / Guru KAFA

14

Ustazah Norafidah Bt. Azizan

SMRA / MTKH

15

Ustaz  Mohd.Shauqi Bin Haji Kassim

SMRA / MTKH

16

Ustaz Mohd. Zikri Bin Jaafar

Maahad Tahfiz / SMRA / MTKH

 

Oleh itu, pihak sekolah merayu kepada mana-mana individu, syarikat, atau badan-badan  koperat yang ingin menaja ( amal jariah ) untuk seorang guru Al-Quran (Rm400.00 per bulan) atau lebih, bolehlah menghubungi :

  1. Ustaz Fauzi Bin Haji Saleh di talian 013 - 422 6080 atau
  2. Setiausaha Lembaga Tadbir Sekolah (Tuan Haji Najib  Fahami Bin haji Yahaya) di talian 013 - 400 1567
  3. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Taufikiah (BIMB)  02084010000074 .
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 22 Mac 2010 10:48
 

Comments  

 
+3 #1 Pak Saleh 2010-02-14 12:29
Assalamualaikum ,

Pak Leh rasa tersangat terpanggil untuk sama-sama kita buat kebajikan, drp perabih duit kat tempat yg tak berapa manfaat, lebih baik bagi la kat guru-guru yg mengajar Quran tu. Jomla kita p sedeqah. Mati nanti cerah masadepan - masuk syurga!
Quote
 
 
+3 #2 IBU NOR 2010-04-17 07:47
:D ...Salam..alhamdulillah, marilah kita sama2 memberi sokongan padu dg menginfakkan sedikit dr sumber pendapatan kepada para tahfiz dan semua tenaga pengajar yg berjuang melahirkan para tahfiz,agar Al Quran sentiasa hidup dlm masyarakat kita juga sebagai saham akhirat kita kelak..
p/s:
anak sulung ibu juga bakal jd seorang huffaz, baru Ting.1 d Pengajian Tahfiz,Maahad Johor..doakan ya!!!
Quote
 
 
+1 #3 aziz majid 2010-08-29 10:46
saya mau mendalami ilmu ugama islam di indonesia. umur saya 58 tahun dan masih jahil dengan ugama. dimanakah di indonesia yang boleh saya pergi dan belajar.
Quote
 
 
0 #4 zul fahmi 2010-09-08 12:47
ape khabar sihat smua nye? :P
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Home | RSS Feed Proudly Powered by Joomla Design by : Free Joomla 1.5 Template | Supported by : Modern Home Design | CSS | XHTML

Top